Tuesday 23 February 2016

KWTBB? Apa sebenarnya

KWTBB bermaksud sebuah program bagi mengumpul dana kewangan untuk "Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu" atau "The Renewable Energy Fund". Program ini diterajui oleh The Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia) dan telah dilancarkan secara rasmi pada 1hb Disember 2011. Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah agensi yang memainkan peranan untuk mengumpul dana tersebut daripada pengguna sebanyak 1% pada asal pelancarannya. Walaubagaimana pun, nilai peratus tersebut dinaikkan ke 1.6% atas sebab-sebab tertentu. 


Tujuan dana ini dikumpul ialah bagi menggalakan pengguna elektrik dalam menggunakan tenaga boleh diperbaharui atau "renewable energy" sebagai penjana elektrik di premis (rumah, bangunan, pejabat, kilang) masing-masing. Oleh yang demikian, premis tersebut bertindak sebagai pembekal dan pengguna elektrik pada satu masa. Dengan cara ini premis tersebut "menjual dan membeli" kuasa elektrik dari pihak TNB. Sistem ini dinamakan "Feed in Tariff (FiT)". Mari saya tunjukkan perbezaan di antara sistem lama (Tradisional) dan sistem baru (FiT).

Sistem Tradisional (Normal Electricity Tariff)


Sistem Feed in Tariff (FiT)


Objektif bagi program "TiF" adalah bagi mempromosikan dan merangsang  pembangunan dalam tenaga boleh diperbaharui seperti Solar panel, biomass, biogas dan hydro berskala kecil. Ramai yang tidak tahu bahawa sistem bekalan elektrik sekarang adalah tidak efektif. Ini kerana banyak kehilangan kuasa (power losses) terjadi semasa penghantaran bekalan elektrik. Maka pihak TNB atau pembekal bekalan kuasa individu "Independent Power Producer (IPP)" perlu menjana lebih kuasa bagi menampung kehilangan tersebut. Pernahkah anda melihat sukaneka ini?



Ya, Betul. Sukaneka membawa air secara berlari. Jika jarak baldi air yang dituju lebih jauh maka lebih banyak air akan tertumpah. Apa akan jadi jika baldi air tersebut diletakkan sebelah sahaja dari punca air. Makan kurang lah air tersebut tertumpah. Samalah keadaannya dengan bekalan elektrik. Punca penjanaan bekalan elektrik (Power Plant) sekarang yang dijana daripada (arang batu,gas asli, hydro) berada jauh dari pengguna dan menyebabkan banyak kuasa hilang semasa penghantarannya melalui "Transmission Line"

Sebenarnya negara sedang bergerak menuju ke satu tahap sistem elektrik yang lebih efektif dan efisen. Maka, tercetuslah program ini. Walaubagaimana pun, dana tersebut semacam tidak adil kerana dibiayai oleh pengguna elektrik sendiri tanpa sumbangan dari kerajaan. Mungkin ia nampak membebankan pada masa kini tetapi ia sebuah langkah bijak untuk masa hadapan. Cuma kos pemasangan panel solar ketika ini masih lagi mahal dan tidak menentu. Mungkin pihak kerajaan boleh memberi insentif lain atau tawaran menarik seperti menawarkan pakej pemasangan mampu milik atau rebate dalam pemasangan panel solar di rumah-rumah. 

Memetik laporan akbar The Star bertarikh 24hb Febuari 2014, ada beberapa kawasan perumahan seperti Bukit Jelutong,Selangor iaitu dalam "Projek Suria" telah memasang panel solar di setiap unit rumah. Separuh kos pemansangan tersebut telah ditanggung kerajaan dan separuhnya lagi ditanggung oleh pemilik unit rumah tersebut. Pada ketika kos pemasangan sistem solar berskala kecil dengan kadar 4kWp sekitar jumlah RM40,000.00. Jumlah ini mungkin dapat dikurangkan lagi dengan pertambahan pembekal dan syarikat pemasangan panel solar bertauliah (berlesen). 



Untuk permulaan, jika anda berminat dengan program ini, saya nasihatkan agar anda mendapat nasihat teknikal atau membaca prosedur pada laman web SEDA Malaysia di www.seda.gov.my terlebih dahulu. Ini bagi melancarkan urusan anda bagi permohonan ke program "Feed in Tariff (FiT)" ini. Secara puratanya pelaburan dalam program FiT ini akan memberi pulangan balik dalam tempoh 10 Tahun. Selepas itu, anda akan beroleh keuntungan dalam jual-beli bekalan elektrik. Berikut saya lampirkan borang permohonan untuk program FiT daripada SEDA Malaysia. 


Mungkin program ini langkah yang baik kepada sesetengah pihak. Tidak dinafikan terdapat beberapa aspek perlu dikaji semula kerana kutipan dana tersebut dikenakan pada setiap pengguna elektrik termasuk pengguna yang berpendapatan rendah. Dengan kos sara hidup yang meningkat dan impak daripada cukai barang dan perkhidmatan GST telah menambahkan lagi beban pengguna khususnya rakyat Malaysia. Jadi saya syorkan pihak kerajaan mengkaji semula skim KWTBB ini dan membuat keputusan sewajarnya dalam memastikan keseimbangan kemajuan negara dan rakyat terjaga. 


"Dari Ilmu dan Pengalaman, Anda Manafaatkan..." - Amrey Seman




ALAT JIMAT ELEKTRIK?? BENARKAH?

Assalamualaikum... salam selasa...

Kad Jimat Elektrik (Card Save Energy)!!?? 
-Kad pintar yang boleh menjimatkan bil elektrik rumah mahupon kedai/kilang/restoren dll sehingga 40%.!!!!

Alat Jimat Elektrik!!!?? 
- Plug jer kat soket boleh jimat bil elektrik rumah sehingga 50% !!!

1. Jenis letak/tampat di Peti agihan kecil

2. Jenis plug dekat dengan Papan agihan kecil

3. Jenis plug pada mana-mana soket dalam rumah


Woww.. menarik tuuu. Biar betul... !!!!! Nanti dulu...Benarkah sekeping kad atau alat jimat elektrik yang dikatakan boleh menjimatkan bil elektrik ini benar-benar menjimat bil elektrik anda? Macam mana ia berfungsi? Selamatkah kad ini untuk digunakan? Ada kelulusan tak daripada mana-mana agensi kerajaan seperti SIRIM, Suruhanjaya Tenaga, TNB dll? Berapa kos kad dan berapa lama pulangan saya dapat balik?- Ini adalah bentuk-bentuk soalan yang bermain di fikiran anda apabila di promosikan dengan alat/kad yang kononnya menjimatkan elektrik ini.

Saya akan membantu anda bagi menilai perkara tersebut dan menerangkan serta membongkar apakah yang dinamakan Kad Jimat Elektrik (Energy Card Saver) dan Alat Jimat Elektrik ini secara teknikal dan praktikalnya.

Sebelum saya terangkan saya ingin maklumkan bahawa penerangan ini adalah untuk memudahkan pemahaman kepada pengguna dan bukan untuk teori elektrik. Jika anda ingin lebih lanjut boleh ambil bidang khusus kejuruteraan elektrik sampai phd. InsyAllah doakan saya perolehi phd saya dalam high voltage ekk...aminn.

Secara teknikal ada beberapa kompenan elektrik yang dinamakan "capacitor" digunakan bagi menyimpan cas elektrik. Contoh mudah: BATERI HANDPHONE. Jika anda sedang berbual (guna) telefon dengan "bateri kong" dan anda pergi cas sambil berbual (guna) adakah anda sedar anda sedang mengecas dan menyahcas (discharge) bateri telefon anda? Ya betul.. bateri anda cepat "kong" kerana bateri mengalami dua prosess serentak. Jadi bateri yang diharapkan untuk membekal kuasa kepada telefon menjadi lemah dan menjadi beban kepada telefon. Kenapa beban?mana datang tu? Beban tu datang dari haba atau "heat". So, telefon anda pakai (Surf internet +Game COC+whatapp+ haba= Bateri kong cepat....). Saya akan memberi point-point untuk anda menilai...

1. Sekarang saya nak relatekan dengan ALAT JIMAT ELEKTRIK kononnya boleh jimat elektrik tu. Dalam alat tu mempunyai "capacitor" yang berfungi untuk menyimpan cas. Jika anda beli anda akan diberi tunjuk ajar untuk memasang alat tersebut pada mana-mana plug atau soket dalam premis anda. Ayat premis tu maksudnya rumah/kedai/restoren dll. Pada permulaan anda akan dapati bil elektrik rumah anda mengurang. Wooww terbukti!!! hahaha.. Nanti dulu.. itu hanyalah hayalan anda sendiri. Sebenarnya dalam tidak sedar selepas anda memasang alat tersebut anda telah mengurangkan aktiviti penggunaan elektrik dan ia hanya mainan sychology. Selepas beberapa bulan anda akan dapati bil elektrik premis anda kembali naik dan mungkin akan lebih tinggi dari biasa. Kenapa pula? sebab alat yang dipasang tadi telah menjadi beban kepada sistem elektrik dalam premis anda. (macam contoh telefon tadi...)

2. Jika anda rakan/saudara/anak mahupun siapa sahaja yang betul-betul belajar dan faham ilmu elektrik. Anda cuba tanya apakah fungi "capacitor" dalam sistem elektrik?. Pernah dengar "POWER FACTOR CORRECTION"?. Okey biar saya terangkan sedikit.. apabila sesuatu sistem elektrik dalam premis menggunakan banyak peralatan motor berat. contoh: Mesin memampat, mesin pengisar batu, mesin acuan besi dll ia akan menjana banyak "inductance" dan akan menyebabkan faktor kuasa yang tinggi. Jadi pihak TNB akan mengenakan penalti (kompaun) kepada premis tersebut kerana faktor kuasa itu yang melebihi had yang dibenarkan. Itulah sebab di premis biasanya kilang-kilang akan pasang "power factor meter" untuk memantau perkara itu. Jadi persoalan sekarang adakah dirumah anda memasang peralatan seperti mesin-mesin berat tu?? dan meter di rumah anda meter apa ek?? jawapannya di rumah hanya pasang meter kWh iaitu "real power meter". Jadi apa kaitan dengan capacitor? capcitor berfungsi untuk memperbetulkan faktor kuasa dan keseluruhan rumah di Malaysia ini hanya dipasang meter kWH sahaja... So perlukah alat ini di rumah anda??

3. Setiap alat elektrik mempunyai logo sirim dan Suruhanjaya Tenaga. Ini kerana badan kerajaan ingin memastikan pengguna elektrik selamat dalam mengendalikan sesuatu peralatan elektrik. Ada anda melihat pada alat jimat elektrik ini sebarang logo tersebut?? pernah anda memeriksanya dan dapat pengesahan yang benar dari badan atau agensi kerajaan tersebut?? Memang tak laa kan sebab jurujual tucakap dah ada disahkan dan ada tertera logo tersebut. Teknologi printing zaman sekarang, apa-apa anda mahu anda boleh buat. Bukan kata nak logo SIRIM. Logo sultan pon boleh anda dapat. Jadi jadilah pengguna bijak memeriksa dahulu sebelum membelinya. Anda boleh layari website: www.st.gov.my untuk memeriksanya. Agak-agak ada tidak kelulusan tu... Jawapannya memeng tak da ler...hehehe

4. Berapa KOS alat jimat elektrik ini??RM299 jerr.. Woww murahnya bill elektrik rumah saya RM400 jadi berbaloi la pasang sekejap jer dah balik modal. Hahaha... mungkin anda rasa berbaloi tetapi tahukah anda berapakah kos untuk membuat alat tersebut? Jawapannya tidak lebih dari RM50... paling murah anda boleh buat pada kos RM22.50 sahaja jika anda tahu membuatnya secara DIY. Percayakah anda? hahaha.. jika anda sudah membeli alat itu dan sudah rosak cuba anda buka dalamnya dan anda akan lihat kebenarannya..

Okey pada post akan datang saya akan membongkar berkaitan KAD JIMAT ELEKTRIK?? BENARKAH?? pulak dah.. sebab banyak-banyak nanti anda pening..hehehe..

dan nantikan tip-tips jimat tanpa sebarang kos untuk anda praktikkan dirumah...

"Dari ilmu dan pengalaman, anda manafaatkan..."




Monday 22 February 2016

Salam perkenalan...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Salam perkenalan...
Hye rakan-rakan blogger... sebelum nak berblog nie saya kenalkan diri saya la ekk. Nama diberi Khairull Amrey Bin Abu Seman hehe.. Kerja sebagai seorang jurutera elektrik di salah sebuah agensi teknikal kerajaan dan berkelulusan Master of Electrical Engineering (Power), UTM Skudai. Hidup sederhana dan punyai prinsip sendiri dalam perjalanan kehidupan yang sementara ini.

Objektif Blog..
Dalam blog ini saya akan membantu anda dalam berkongsi dan memberi beberapa tip-tips sebagai pengguna elektrik yang bijak. Bijak bermaksud anda mendapat keuntungan/manafaat di atas setiap tindakan anda. Antara objektif yang saya akan utarakan adalah:

1. Tip-tips penJIMATan elektrik
2. PeMILIHan Barang Elektrik
3. BAHAYA dalam pengunaan elektrik
4. KeSEDARan dalam penggunaan elektrik
5. PENIPUan dalam penggunaan elektrik dan sewaktu denganya

Perkongsian...
Mungkin anda boleh menbantu rakan-rakan blogger yang lain dalam memberi tips-tips yang menarik kepada mereka. Jika ada sebarang pertanyaan atau perkongsian mahupun penambahbaikkan jangan segan silu boleh hubungi saya memalui email. amrey2442@gmail.com