Tuesday 23 February 2016

KWTBB? Apa sebenarnya

KWTBB bermaksud sebuah program bagi mengumpul dana kewangan untuk "Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu" atau "The Renewable Energy Fund". Program ini diterajui oleh The Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia) dan telah dilancarkan secara rasmi pada 1hb Disember 2011. Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah agensi yang memainkan peranan untuk mengumpul dana tersebut daripada pengguna sebanyak 1% pada asal pelancarannya. Walaubagaimana pun, nilai peratus tersebut dinaikkan ke 1.6% atas sebab-sebab tertentu. 


Tujuan dana ini dikumpul ialah bagi menggalakan pengguna elektrik dalam menggunakan tenaga boleh diperbaharui atau "renewable energy" sebagai penjana elektrik di premis (rumah, bangunan, pejabat, kilang) masing-masing. Oleh yang demikian, premis tersebut bertindak sebagai pembekal dan pengguna elektrik pada satu masa. Dengan cara ini premis tersebut "menjual dan membeli" kuasa elektrik dari pihak TNB. Sistem ini dinamakan "Feed in Tariff (FiT)". Mari saya tunjukkan perbezaan di antara sistem lama (Tradisional) dan sistem baru (FiT).

Sistem Tradisional (Normal Electricity Tariff)


Sistem Feed in Tariff (FiT)


Objektif bagi program "TiF" adalah bagi mempromosikan dan merangsang  pembangunan dalam tenaga boleh diperbaharui seperti Solar panel, biomass, biogas dan hydro berskala kecil. Ramai yang tidak tahu bahawa sistem bekalan elektrik sekarang adalah tidak efektif. Ini kerana banyak kehilangan kuasa (power losses) terjadi semasa penghantaran bekalan elektrik. Maka pihak TNB atau pembekal bekalan kuasa individu "Independent Power Producer (IPP)" perlu menjana lebih kuasa bagi menampung kehilangan tersebut. Pernahkah anda melihat sukaneka ini?



Ya, Betul. Sukaneka membawa air secara berlari. Jika jarak baldi air yang dituju lebih jauh maka lebih banyak air akan tertumpah. Apa akan jadi jika baldi air tersebut diletakkan sebelah sahaja dari punca air. Makan kurang lah air tersebut tertumpah. Samalah keadaannya dengan bekalan elektrik. Punca penjanaan bekalan elektrik (Power Plant) sekarang yang dijana daripada (arang batu,gas asli, hydro) berada jauh dari pengguna dan menyebabkan banyak kuasa hilang semasa penghantarannya melalui "Transmission Line"

Sebenarnya negara sedang bergerak menuju ke satu tahap sistem elektrik yang lebih efektif dan efisen. Maka, tercetuslah program ini. Walaubagaimana pun, dana tersebut semacam tidak adil kerana dibiayai oleh pengguna elektrik sendiri tanpa sumbangan dari kerajaan. Mungkin ia nampak membebankan pada masa kini tetapi ia sebuah langkah bijak untuk masa hadapan. Cuma kos pemasangan panel solar ketika ini masih lagi mahal dan tidak menentu. Mungkin pihak kerajaan boleh memberi insentif lain atau tawaran menarik seperti menawarkan pakej pemasangan mampu milik atau rebate dalam pemasangan panel solar di rumah-rumah. 

Memetik laporan akbar The Star bertarikh 24hb Febuari 2014, ada beberapa kawasan perumahan seperti Bukit Jelutong,Selangor iaitu dalam "Projek Suria" telah memasang panel solar di setiap unit rumah. Separuh kos pemansangan tersebut telah ditanggung kerajaan dan separuhnya lagi ditanggung oleh pemilik unit rumah tersebut. Pada ketika kos pemasangan sistem solar berskala kecil dengan kadar 4kWp sekitar jumlah RM40,000.00. Jumlah ini mungkin dapat dikurangkan lagi dengan pertambahan pembekal dan syarikat pemasangan panel solar bertauliah (berlesen). 



Untuk permulaan, jika anda berminat dengan program ini, saya nasihatkan agar anda mendapat nasihat teknikal atau membaca prosedur pada laman web SEDA Malaysia di www.seda.gov.my terlebih dahulu. Ini bagi melancarkan urusan anda bagi permohonan ke program "Feed in Tariff (FiT)" ini. Secara puratanya pelaburan dalam program FiT ini akan memberi pulangan balik dalam tempoh 10 Tahun. Selepas itu, anda akan beroleh keuntungan dalam jual-beli bekalan elektrik. Berikut saya lampirkan borang permohonan untuk program FiT daripada SEDA Malaysia. 


Mungkin program ini langkah yang baik kepada sesetengah pihak. Tidak dinafikan terdapat beberapa aspek perlu dikaji semula kerana kutipan dana tersebut dikenakan pada setiap pengguna elektrik termasuk pengguna yang berpendapatan rendah. Dengan kos sara hidup yang meningkat dan impak daripada cukai barang dan perkhidmatan GST telah menambahkan lagi beban pengguna khususnya rakyat Malaysia. Jadi saya syorkan pihak kerajaan mengkaji semula skim KWTBB ini dan membuat keputusan sewajarnya dalam memastikan keseimbangan kemajuan negara dan rakyat terjaga. 


"Dari Ilmu dan Pengalaman, Anda Manafaatkan..." - Amrey Seman




12 comments:

  1. Walaupun artikel saudara di sini dari 4 tahun yang lalu, namun ini masih lagi relevan dan berkaitan situasi sekarang di mana TnB masih lagi belum mengkaji semula apa yang disarankan dan hasil daripada kutipan untuk dana ini tidak dibentangkan kepada pihak umum.

    Saya berminat untuk tahu kalau saudara boleh berkongsi lebih lanjut mengenai sebarang maklumat atau info saudara dapat tahu tentant dana KWTBB ini, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu saya pun nak tahu.. TNB buat kwttb ni ibarat merompak duit pengguna

      Delete
  2. Saya baru perasan kwtbb 1.6% ni..kita sbg pengguna x nmpk manfaatnya..skrg dh thun 2020..duit masih disedut

    ReplyDelete
  3. Benar.. Jika dikaji dari segi urusniaga KWTBB perlu ada aqad persetujuan bersama pengguna, tidak boleh dipaksa potong terus dan dan ianya adalah sebahagian kos operasi pembekalan TNB dan tak perlu dinyatakan. Semoga mendapat perhatian pihak berwajib.

    ReplyDelete
  4. 1.6% banyak tu... derma terpaksa?

    ReplyDelete
  5. TNB dah la kapitalis cekik duit rakyat !! Kami rakyat tidak menghalalkan !

    ReplyDelete
  6. GILER BETULL AKU TIAP2 BULAN DOK BAYAR CAS KWTBB 1.6% NI +-RM20... @%#^@^!& TAK HALAL AKU DUIT NI

    ReplyDelete
  7. Pembayaran cas KWTBB 1.6% telah dilaksanakan tanpa persetujuan dari rakyat. Justeru itu, pembayaran cas kwtbb 1.6% ini harus di berhentikan serta merta. Pihak TNB harus melaksanakan sistem tenaga boleh baharu ini dengan mengunakan wang/dana TNB sendiri, tanpa membebankan rakyat yang miskin.

    ReplyDelete
  8. Mengarut betul. Macam xde Iman. Tahu buat biz tapi xtahu hukum/adat berniaga. Xhalal

    ReplyDelete
  9. Pihak TNB perlu jelaskan seperti berikut:-
    - Ke mana arah dana kutipan KWTBB ini d gunakan.
    - Apa faedahnya kpd para pembayar.
    - Pendapat beralih kepada janakuasa solar.

    ReplyDelete
  10. Celaka punya teknik rompakan duit rakyat. Aku haramkan setiap sen yang dicaj ke atas bil aku!

    ReplyDelete
  11. Bukan tnb je yg merompak ,banyak lagi syarikat glc buat benda yg sama,kita rakyat dibodohkan n ditipu.
    Apa blh buat dri dulu Malaysia mcm tu,rakyat ditakutkan dgn itu ini.
    Rakyat Malaysia takut dgn pemimin,tapi diluar pemimpin takut dgn rakyat.

    ReplyDelete